Sunday, April 22, 2012

bangunlah bangkitlah..

bangunlah bangkitlah...
sajak yang membawa tuah kepadaku..
thanks a lot for this poem writter..

BANGUNLAH BANGKITLAH


mengatur kata
pada menyatakan rasa jelik dan jijik
pada musuh durjana
perosak bangsa.


sengsara, derita, dan parah
di mana akhirnya
kita terjajah
musnah segala.

ayuh mari kita perkasakan menara bangsa
hiaskan ia dengan indah sejuta warna
sirami ia dengan wangi sejuta bunga
terangi ia dengan simbahan sejuta cahaya.

dan kita wajib menghadapi diri yang masih muda
usah terumpan oleh rona curang gejal
usah tergoda oleh racun asing budaya.

bangkitlah dari khayal yg melalaikan
pada najis dadah, usah durjana
perkasa kita perangi ia
seluruh jiwa raga.

medan kita telah tersedia
mengapa pula sawah kita menjadi musafir bermusim
kadangkala cemburu pada gelap malam
yang enggan menizinkan akarnya menuning budi

ayuh...ayuh...ayuh..
bangkitlah..bangkitlah bangsaku
bangkitlah abang-abang ku
bangkitlah kakak-kakak ku
bangkitlah.

jika kita lena diulit sejuta angan
bangunlah,bangun
bangun dengan tertib
bangun dengan sopan
kerana masa tidah menanti kita

jika kita memamng telah bangun
ingatlah, ingat pesan guru
ingat pesan ibubapa,
ingat pesan pemimpin
kerana mereka ummi amri kita

jika kita memang telah ingat
maralah, mara dengan takwa
mara dengan tabah//

* kalau nk menang sajak ni..baca dengan macam2 intonasi..
   sajak ni di baca waktu minggu PPD-a
   and sajak ni dah membawa tuah kepada saya sendiri..

don't miss your time..
try it..
good luck!!!

1 comment: